Friday 18 July 2014

Makanan Sunnah dan Supplement

Assalamualaikum semua..
Hari dah masuk hari ke 20 kita berpuasa di bulan Ramadan. Terasa cepat sangat masa berlalu dan Ramadan akan meninggalkan kita. Sayu pulak rasanya.

Dah haapir 20 hari ni macam mana keadaan anda. Makin bertenaga atau sebaliknya. hehe.. Saya nak mengupas isu tentang makanan sunnah dan juga pengambilan supplement di bulan Ramadan ini.

Ramai yang selalu kata, untuk apa mengambil supplement sedangkan sudah mengambil makanan sunnah yang banyak khasiatnya. Antara makanan sunnah adalah seperti madu, kurma, buah tin, Habatus sauda dan banyak lagi. Tak dinafikan makanan-makanan tersebut mempunyai banyak khasiat tetapi kita harus faham apa sebenarnya asas dalam pemakanan sunnah.

Apa yang dikatakan sebagai pemakanan sunnah?









Berdasarkan dalil yang terdapat dalam Al-Quran, prinsip utama dalam pemakanan sunnah adalah HALAL, BAIK dan TIDAK MENGIKUT JEJAK SYAITAN IAITU MEMBAZIR. Berdasarkan dalil inilah Rasullah SAW pegang dalam konteks pemakanan dan asas hukum semua makanan adalah harus kecuali ia ada dalil yang mangatakan makanan tersebut adalah haram contohnya seperti arak yang automatiknya memang haram diambil. Selain daripada itu selagi tiada dalil ianya adalah diharuskan dalam Islam dan Rasulallah sendiri tidak menghalang untuk mengambil apa juga makanan yang dibolehkan. 



Pada hakikatnya Rasullah bukanlah hanya mengajar apa yang dimakannya seperti Baginda memakan kurma dan Habatus sauda  tetapi apa yang lebih penting adalah bagaimana adab makan dan akhlak kita terhadap makanan. 

Dalam konteks pemakanan ini juga, seorang ulama iaitu Dr Zaharuddin Abdul Rahman telah mengeluarkan pendapat tentang pemakanan ini.



Dalam tak sedar, sebenarnya kita juga telah mengikut sunnah Rasulallah iaitu dengan menjaga kesihatan dan kecergasan dalam pemakanan. Di sini saya nak berkongsi beberapa amalan yang sebenarnya juga mengikut sunnah Rasulallah SAWjika kita mengikutinya.

Antara asa-asas pemakanan adala: 

* Pilih makanan yang HALAL dan BAIK
* Makan dengan ADAB-ADAB MAKAN yang telah diajarkan itu dengan membaca Bismillah, makan dengan tangan kanan dan lain-lain lagi  Sebenarnya adab-adab makan ni la yang lagi penting untuk kita jaga.
* menolak kemudaratan
* kita tidak boleh mendakwa Rasullah makan sesuatu dan mengandungi khasiatnya tanpa dalil yang sah.  
* Jangan mencerca makanan kerana ia sangat bertentang dengan sunnah Nabi SAW.

Walaupun Supplement Shaklee tidak mengandungi bahan makanan sunnah, tetapi sebenarnya kita telah mengikut adab-adab pemakanan sunnah. Ianya HALAL dan membantu kita untuk SIHAT dalam menjalani ibadah. itu yang lagi penting iaitu kesihatan dan kecergasan.


No comments:

Post a Comment

Jangan segan silu nak komen yaa..