Thursday 10 July 2014

Bola Bowling vs bola sepak

Peristiwa semalam 5 Julai 2014 pasti akan menjadi satu kisah yang saya akan ingat dan akan jadi kenangan saya untuk dicerita pada kedua anak saya kelak.. serius cek ketaq uiitt...

Biasalah budak-budak ni kalau bermain tak pernah nak hirau bila kita larang atau apa. Bila larang pun asyik juga bertawa gumbira bermain. Nak dijadikan cerita semalam macam biasa Alesya dan Khalish bermain bersama. Alesya anak  saya yang sulung berumur 4 tahun dan khalish anak kedua saya yang hampir 2 tahun.

Asyik sungguh Alesya dan Khalish bermain sambil gelak-gelaklah. Pakat lawan baling bola. Sorang pegang bola sepak sorang lagi pegang bola bowling. (Bola yang mainan tu je..) Main punya main bola masuk bawah meja dan mereka suruh saya ambil bola-bola mereka. Saya pun ambil kan dan dua-dua bola tersebut dapat dekat adik. Apa lagi si kakak pun pakat lawan tarik lah.. 

Benda ni berlaku sekelip mata. Saya melarang dengan tujuan supaya berhenti untuk bergaduh.. "kakak jangan berebut dengan adik..' keluar saja ayat ni dari mulut saya terus baamm kepala khalish dekat kaki meja.. 

Ingatkan hanya terhantuk.. saya pun gosok je kepalanya.. rupa-rupanya luka kat dagu dia.. Saya hanya mampu beristigfar dengan darah yang tak henti keluar dengan banyaknya. Serius saya tak pernah alami keadaan macam ni. Tambahan tiada siapa dekat rumah. Ketaq habis semua satu badan... nasib tak pengsan..


Agak dalam jugak la luka nya.. malam tu pergi juga kecemasan dan mereka letak gam dekat luka tu. Tapi budak Khalish ni aktif sangat. Petang esoknya tu gam tu terbuka maka pergi hospital lain lah jawabnya. Budak ni memang hero malaya la. Waktu M.A cuci lukanya sikit pun tak nanges.. Khalish Khalish.. ada parut tak encem uitt...




No comments:

Post a Comment

Jangan segan silu nak komen yaa..