Monday, 21 April 2014

TIPS DAN PETUA.. Semuanya untuk anak

TIPS DAN PETUA.. Semuanya untuk anak

Assalamualaikum.. Salam sejahtera.. 

Bila dah bergelar ibu ni banyak sangat la nak cari petua untuk si comel kita kan.. Haa kali ni nak kongsi pula tips dan petua yang boleh kita amalkan untuk bayi kita. 

Tips dan petua yang pertama adalah cara untuk melentikkan bulu mata bayi.. Ni selalunya ramai yang nak amalkan petua ni untuk anak perempuan. 



Untuk melebatkan bulu mata bayi, setiap kali selepas menyusukan, sapukan susu ibu ke bulu matanya. Anda akan dapati bulu mata bayi anda bertambah tebal, lentik dan cantik.









Inginkan anak cerdik amalkan memakan buah delima sebelum bersalin. In Sya Allah berkesan.









Mencantikkan kulit - Untuk mencantikkan kulit bayi anda, campurkan tiga sudu tepung kanji dengan air suam. Kemudian kacau dan mandikan bayi dengannya. Selepas itu terus lapkan badan bayi tanpa bilasan air lain.










Menggemukkan anak - Jika anak anda kurus, cubalah merawat dengan memberi dia minum air nasi yang sedang mendidih. Ambil air tersebut dan sejukkan. Beri pada anak air ini selama seminggu.







Cepat berjalan - Lobak merah mengandungi kalsium yang tinggi. Masukkannya ke dalam bubur bayi kerana lobak merah boleh membantu pembentukan tulang agar anak cepat berjalan.




SELAMAT MENCUBA!!

No comments:

Post a Comment

Jangan segan silu nak komen yaa..