Saturday, 19 April 2014

TEKNIK MENYUSUKAN BAYI

Assalamualaikum mammies..

Mesti ramai ibu-ibu kat luar sana yang nak menyusukan bayi sehingga 2 tahun. Tapi disebabkan tiada pengalaman dan kurangnya pengetahuan mengenai kebaikan titisan emas ini yakni susu ibu, ramai yang hanya separuh jalan. Begitu juga denga saya. Anak pertama saya hanya mampu menyusukan bayi saya sehingga umurnya 6 bulan sahaja. 


Berbeza pulak dengan anak kedua. Sekarang umur putera saya sudah setahun 7 bulan dan Alhamdulliah saya masih menyusukan beliau sehingga sekarang. Tidak ada apa yang mustahilkan jika kita mempunyai ilmu, diiringi doa dengan bantuan Yang Maha Esa.

Putera saya Muhammad Aryan Khalish

Anak lelaki tak sama menyusunya dengan anak perempuan. Anak lelaki bagi pengalaman saya 3 kali ganda kerap menyusu dari anak perempuan.

Tapi mommies kena kuatkan semangat ye.. Ni nak tunjuk teknik untuk menyusukan anak dengan betul dan memberi keselesaan pada ibu dan anak.

Kaedah Penyusuan susu Ibu
Para ibu boleh membuat pilihan kaedah mana yang selesa. terdapat empat kaedah penyusuan susu ibu sama ada mendukung, mendukung bersilang, mendakap ataupun berbaring. Jika berbaring pastikan anak tidak lemas ya.. Pastikan juga mulut bayi betul2 melekap pada payudara dan bukannya pada puting payudara.

Selepas memberi susu ibu juga kita harus sendawakan bayi supaya tidak berlaku kembung perut.

  
Cara sendawakan bayi
Berikut adalah cara untuk sendawakan bayi. Kita boleh letak bayi di atas bahu, letakkan bayi sambil duduk atau meniarap mengikut kesesuaian bayi. Gosok di bahagian belakang bayi sehingga ia burrpp..

Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment

Jangan segan silu nak komen yaa..