Sunday 29 June 2014

Tips dan amalan berpuasa




Salam satu Ramadhan buat semua. Alhamdulliah sekali lagi kita melangkah ke bulan yang penuh barakah.

Dahulunya zaman kegemilangan Islam, puasa adalah pesta ibadah tetapi kini Ramadhan dikaitkan dengan keletihan, kelemahan, mengantuk dan kurangnya produktivi. Sepatutnya Ramadhan adalah bulan kesihatan, musim perubahan, masa hilang ketagihan, bulan lembut hati, bulan keluasan rezeki dan bulan memperbaiki institusi keluarga.

Kuliah puasa dari sudut kesihatan oleh Dr. Norhissam Mustafa, CEO IPKIM (Institut Pengurusan Kesihatan Islam Malaysia) merungkai beberapa kesilapan besar dalam berpuasa.

Antara kesilapan semasa berpuasa adalah :

1. Menghimpunkan makan malam dengan berbuka puasa. Ini adalah kerana berbuka puasa bukan untuk perut tetapi untuk beri tenaga kepada hypotanamos (otak dalam otak). Hypotamos yang keletihan berfungsi sepanjang hari akan tidak berfungsi dengan betul sekiranya makanan masuk dengan banyak semasa berbuka. Ianya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius.

2. Jangan WINDOW SHOPPING di bazar makanan dengan membeli makanan yang kita tidak perlukan.

3. Jangan lewatkan SOLAT MAGHRIB-makanan yang dimakan menghasilkan tenaga untuk diagihkan keseluruh tubuh melalui sel. 1 kilo berat badan mempunyai 1000 trilian sel. Tenaga ini perlu ditolak oleh tenaga yang dilakukan oleh solat yang disegerakan.

4. Jangan tidur selepas Subuh kerana ia mengganggu hypotanamos.

5. Tidur qailullah (1 jam sebelum Zuhur). 1 minit waktu ini menyamai tenaga tidur sejam waktu biasa.


Dari segi kesihatan, puasa adalah detoksifikasi iaitu ia berlaku apabila fungsi proses makanan dalam perut berehat lebih dari lapan jam.


Jadi berpada-padalah ketika berbuka puasa. Jaga kesihatan dan juga pemakanan anda.

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA.

No comments:

Post a Comment

Jangan segan silu nak komen yaa..